Andi Bernadee
Malaysian singer

Andi Bernadee

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
Gender:
Male
Places:
Work field:
Birth:
1991
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Diskografi Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Andi Azrul bin Andi Mapangile​ (lahir 30 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.

Kerjaya

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan. Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan.

Andi menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.

Beliau melancarkan single ketiganya, "Donde" pada Mac 2019. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Tak Tun Tuang" Upiak & dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 "Layu Di Hujung Mekar" Rio TERSELAMAT
Minggu 3 "Tak Pernah Hilang"

(duet bersama Indah Ruhaila)

Amylea Azizan & Kaer Azami TERSINGKIR

Diskografi

Single

Tahun Tajuk
2017
"Tiada Lagi Maaf"
2018
"Satu Peluang"
2019
"Donde"
2019
"Hello" ft. Ismail Izzani
2020
"Shimmy"

Single promosi

Tahun Tajuk Peranan
2018 "Undilah"
Rendisi yang dirakamkan bersempena Pilihan raya umum ke-14.

Filemografi

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Korban Penunggu Hospital Andi Astro Warna
2019 Geng Big Stage Beraya Andi Astro Ria

Rujukan

Pautan luar