Wani Kayrie
Malaysian singer

Wani Kayrie

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
Gender:
Female
Places:
Work field:
Birth:
2000
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Syazwani binti Abdullah (lahir 17 Mei 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Jangan Jangan". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.

Kerjaya

Wani mula menyanyi seawal usia 6 tahun dan pernah menyertai satu pertandingan nyanyian di Los Angeles, California, Amerika Syarikat enam tahun kemudian.

Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) yang pernah menaungi Datuk Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan jumlah tontonan seramai 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.

Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan. Wani menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.

Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Jangan Jangan" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 "Akan Ku Tunggu" Candy TERSELAMAT
Minggu 3 "Sampai Bila"

(duet bersama Hael Husaini)

Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 4 "Sayang" Via Vallen TERSELAMAT
Minggu 5 "Luluh" Khai Bahar TERSELAMAT
Minggu 6 "Getaran Cinta Di Jiwa" Liza Hanim TERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Afieq Shazwan)

Hael Husaini TERSELAMAT
Minggu 7

(Separuh Akhir)

"Crazy In Love" Beyoncé Knowles TERSELAMAT
"Nisan Cinta"

(duet bersama Siti Sarah)

Jaclyn Victor dan Siti Nordiana TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) "Pematah Hati" Nabila Razali TEMPAT KEEMPAT
"Saat Terindah" (Lagu baru) Dirinya sendiri TEMPAT KEEMPAT

Kehidupan peribadi

Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.

Pada Mei 2019, beliau membuat laporan polis ekoran gambar dan namanya digunakan oleh 45 akaun palsu bagi menjalankan aktiviti gangguan seksual kepada kanak-kanak perempuan di laman Facebook. Wani mengumpulkan bukti-bukti dan paparan skrin akaun berkenaan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan kelak. Wani menambah bahawa akaun-akaun palsu yang menggunakan nama komersialnya, Syazwani Sapari, dari zamannya dalam rancangan Kamilah Bintang.

Diskografi

Tahun Tajuk
2015
"Jangan Jangan"
2016
"Berteman Saja"
"Kumbang dan Bunga"
2017
"Aku Suka Kamu"
2018
"Saat Terindah"
2019
"Magika"

Filemografi

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2019 The House Astro Ria bersama Sarah Suhairi dan Sissy Imann

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis YouTube Popular Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar