The basics
Quick facts
Gender:
Male
Work field:
Birth:
1998
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Pendidikan Diskografi Anugerah Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari (Jawi: عاريف بهرن; lahir 15 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia melalui single pertama beliau berjudul "Kata Akhirmu".

Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram.

Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya.

Kerjaya

Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Kata Akhirmu" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 "Sejarah Mungkin Berulang" New Boyz TERSELAMAT
Minggu 3 "Marry You"

(duet bersama Ayda Jebat)

Bruno Mars TERSELAMAT
Minggu 4 "Deen Assalam" Sabyan Gambus TERSELAMAT
Minggu 5 "Bukti" Virgoun TERSELAMAT
Minggu 6 "Kisah Antara Kita" One Avenue Band TERSELAMAT
"Yang Pernah"

(duet bersama Sarah Suhairi)

Estranged TERSELAMAT
Minggu 7 "Gerhana" M. Nasir TERSELAMAT
"Mama Papa Larang"

(duet bersama Aepul Roza)

Judika TERSINGKIR

Pendidikan

Ariff Bahran mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.

Diskografi

Single

Lagu
Tahun Lagu Komposer Pencipta Lagu Penulis Lirik
2017 Kata Akhirmu Jimmy Asmara, Rudy Kasmaran & Sang Hitam - Rudy Kasmaran & Sang Hitam
2018 Juara Dusta - Pria Anonim -
2019 Selamat Berhari Raya (feat. Ariff Bahran) Rudy Kasmara & Sang Hitam
Bicara Rasa feat sarah suhairi )

Album

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2019 ERA Digital Music Awards (EDMA 2018) Penyanyi Pilihan Menang

Rujukan

Pautan luar