Ayda Jebat
Penyanyi

Ayda Jebat

The basics
Quick facts
Intro
Penyanyi
A.K.A.
Penyanyi Malaysia
Gender:
Female
Birth:
17 March 1992
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Biografi Kerjaya Diskografi Filemografi Videografi Endorsmen Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Nur Suhada Jebat (lahir 17 Mac 1992), dikenali dengan nama komersialnya Ayda Jebat ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9 . Beliau dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200%.

Biografi

Ayda Jebat dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang saudara perempuannya ialah Nur Shafinaz Jebat atau lebih mesra disapa Fina AF9. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.

Kerjaya

2011–2013: Akademi Fantasia dan permulaan kerjaya

Kerjaya Ayda sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke-9 di mana pada konsert tirai yang diadakan pada 2 April 2011, beliau menyanyikan lagu "Separuh Nafas" nyanyian kumpulan Dewa 19 dan "Love the Way You Lie" nyanyian Rihanna. Bagaimanapun pada konsert minggu ketiga, Ayda tersingkir menerusi Operasi Gugur. Selepas Akademi Fantasia 9 berkahir, Ayda merakamkan single solonya bertajuk "Beri Aku Waktu" dan seterusnya memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu sebagai Mira dalam telefilem Cer Citer Cinta yang dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Shahir dari Akademi Fantasia musim kelapan. Pada 2013, Ayda membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak pembantu sebagai Zetty dalam pembikinan semula filem Gila-Gila Remaja yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.

2014: Kejayaan bersama Rindu Awak 200%

Ayda mendapat kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila beliau membawakan watak Armell Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin. Siri itu kemudiannya menjadi rancangan televisyen Malaysia yang diiktiraf secara kritis sekaligus melonjakkan nama beliau ke puncak populariti, dan melayakkan beliau memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era kedua.

2015–kini: Pengembangan kerjaya

Pada 2015, berikutan kejayaan drama Rindu Awak 200%, Ayda mendapat peranan utama keduanya di dalam siri TV, Suami Sebelah Rumah bersama pelakon dan penyanyi, Izzue Islam. Sementara drama itu masih bersiaran, beliau melakonkan watak pembantu dalam siri Isteri Separuh Masa bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Beliau sekali lagi digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi siri drama adaptasi novel, M.A.I.D.

Beliau telah dipilih menjadi antara pelakon yang meminjamkan suara mereka dalam versi bahasa Melayu bagi filem aksi cereka sains Amerika Syarikat 2014, Transformers: Age of Extinction. Beliau memegang watak sebagai Tessa Yeager yang dilakonkan oleh Nicola Peltz. Pada Julai 2015, beliau melancarkan single "Siapa Diriku"  hasil ciptaan Omar K yang turut menulis lirik. Lagu ini secara jelas menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Muzik videonya yang dimuatnaik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu dan sehingga kini, ia berjaya mendapat sebanyak 1,022,908 tontonan.

Muzik video "Siapa Diriku" turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar OPPO yang mana Ayda merupakan jurucakapnya. Selain itu, beliau juga muncul dalam Buletin Utama di TV3 pada 17 September 2015, untuk berkongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite.

Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda pada awal dari berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis untuk lagu Biar Saja.

Diskografi

Single
Tajuk Tahun Kedudukan Album
ERA FM
Hot FM
Muzik Muzik
"Beri Aku Waktu"
(bersama Afif)
2011 Beri Aku Waktu
"Cinta Lara"
(bersama Kay Khydir)
2013 18 Gila-Gila Remaja 2 OST
"Siapa Diriku" 2015 12 1 1 M. A. I. D OST
"Fairytale"
(bersama Alvin Chong)
Malaysia Day Cover
"Sinaran"
(bersama Lea Ismail)
Sinaran OST
"Pencuri Hati" 2016 6 3 1 Isteri vs Tunang OST
"Nakal Nakal Nakal" 10 1 Awak Sangat Nakal OST
"Bawaku Berkelana" Moana OST (versi Bahasa Melayu)
"Mata" 2017 Akan diumumkan
"Pinjamkan Hatiku" Akan diumumkan Pinjamkan Hatiku OST

Filemografi

Filem cetera

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Gila Gila Remaja 2 Zetty
Oh Mak Kau! Sara
2015 Transformers: Age of Extinction Tessa Yeager Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2016 Moana Moana Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2017 Pinjamkan Hatiku Laila Safitri

Drama

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2012 Peah Gosip Astro Warna
Tiara Astro Prima
2013 Sahara
Cinta Kau Dan Aku Hazlyn TV1
Mujahid
Harapan Zubaidah TVi
Epilog Cinta Khirana TV3
Sepai Peguam Tirana TV1
Mira Sofea Zara Astro Prima
Geng Zul Teksi Shasha TV1
2014 Aku Ada Wali Zahira TV AlHijrah
Sleeq & Friends TVi
Anugerah Terindah Lisa TV3
Ride Juju TV9
Rindu Awak 200% Armel Aisya TV3
Apam Lemak Manis Sherry TV1
Cintapuccino Geisha TVi
2015 Suami Sebelah Rumah Eryna Hazwan TV3
Isteri Separuh Masa Zita Astro Ria
Cinta Antara Kita Anita TV2
M. A. I. D Noorul Astro Ria
2016 Menongkah Kasih Riyana TV3
#AssalamualaikumCinta Nia Sakinah Astro Ria
Awak Sangat Nakal Erine Johanna
2017 Ku Kirim Cinta Nisha TV3
Dekatkan Jarak Kita Sofiya / Alyssa
Ratu Dangdut Mas Idayu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2011 Cer Citer Cinta Mira Astro Ria
2013 Calon Menantu TV1
Hijabista Kampung Bintang TVi
Anak Dara Mak Wok Wawa TV1
Melodi Sepi
2014 D'Pantai TVi
Cinta Hati Suri Dahlia TV3
Papa Yibbie Suhaila TV9
Ini Harta Haji Nana Yang Punya TV3
Haji Tak Mabrur Hazwani Murfiqal
From Hater To Lover Nura RTV
2015 Lokum Untuk Mama Sofea TV9
Diva Suria Astro Prima
Girlfriend Aku Dari Neraka Tasha Astro Ria
M. A. I. D Pun Nak Raya Noorul / Myra
Isteri Separuh Masa Raya Zita
Rindu Awak 200% Raya Armel Aisya TV3
Nawaitu Cinta Melati Astro Oasis
Kubur Berdarah Keisha Astro Ria
Sesejuk Coconut Shake Zalina TV1
2016 #AssalamualaikumCinta Raya Nia Sakinah Astro Ria
2017 3 Gadis Manis Mimi Astro Gempak

Web drama

Tahun Tajuk Watak Siaran
2015 Oscar, I Miss You  Suraya Pro Diet Web
Cinta Karan Aida TonTon
2016 Sesal Separuh Nyawa Fara HyppTV
Cinta Sticky Note Khaleeda

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Siaran Nota
2016 Melodi Raya Pengacara TV3 bersama Awal Ashaari & AG

Videografi

Penampilan muzik video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2015 Biar Saja  DE' MEISES
Kicik Kicik Mia Sara (feat. TSWG & Cat Farish)

Endorsmen

Tahun Produk Nota
2014-2015 Aurawhite Bubbly
2015- OPPO R7
Aurawhite Collagen
2016- House of Dre Charisma Luxury Perfume
House of Dre Spa Collection
GINTELL DéVano S Funtastic Sofa
2016 Ariani RTW Glam Lebaran bersama Bella Dally, Siti Nurhaliza
H&M
2016- OPPO F1s
Xpax Turbo bersama Jin Lim
OPPO R9s
2017 tonton bersama Redza Rosli, Dato' Seri Vida, ThomasJack

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015
Anugerah MeleTOP Era ke-2
Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita N/A Menang
Artis Baru MeleTOP Rindu Awak 200% Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2
Pelakon Wanita Drama Pilihan Dicalonkan
Hero & Heroin Pilihan (bersama Zul Ariffin) Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Artis Baru Wanita Popular N/A Menang
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
Gandingan Serasi Di Layar Perak (bersama Zul Ariffin) Rindu Awak 200% Menang
HLive! Special
Artiste of the Month N/A Menang
Anugerah Melodi ke-2
Artis Wanita Pilihan N/A Menang
Anugerah Penghargaan PFP
Anugerah Drama Adaptasi Terbaik – Pelakon Suami Sebelah Rumah Menang
2016
Anugerah MeleTOP Era ke-3
Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita N/A Menang
Penyanyi MeleTOP Siapa Diriku Menang
Lagu MeleTOP Menang
Pelakon MeleTOP M. A. I. D Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3
Aktress Pilihan Suami Sebelah Rumah Dicalonkan
Anugerah Pilihan Online
Aktres Terbaik Pilihan Online N/A Dicalonkan
Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online N/A Dicalonkan
Fesyen Glam Wanita Terhebat N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Penyanyi Wanita Popular N/A Dicalonkan
Artis Trending Popular N/A Menang
Malaysian Association Youth Clubs (MAYC)
Anugerah Ikon Seni MAYC N/A Menang
Anugerah Planet Muzik ke-15
Artis Baru Wanita Terbaik Siapa Diriku Dicalonkan
Kolaborasi Lagu Terbaik Pencuri Hati Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM Menang
Artis Paling Popular APM N/A Menang
Ikon Media Sosial One Drop Perfumes N/A Menang
Anugerah Stail EH!
Selebriti Pilihan Kulit Majalah N/A Dicalonkan
Selebriti Harapan Pilihan N/A Menang
Anugerah Melodi ke-3
Personaliti Muzik Melodi N/A Menang
Personaliti Media Sosial Melodi N/A Menang
Personaliti Sensasi Melodi N/A Menang
Anugerah Telenovela
Pelakon Wanita Popular Rindu Awak 200% Dicalonkan
Maskulin Choice
Best Feminine N/A Menang
2017
Anugerah Digital Muzik ERA
Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 N/A Menang
Anugerah Throwbaek Drama
Heroin Throwbaek Awak Sangat Nakal Dicalonkan
OST Throwbaek Nakal Nakal Nakal Dicalonkan
Artis Paling Gigih N/A Menang
Anugerah MeleTOP Era ke-4
Penyanyi MeleTOP Pencuri Hati Dicalonkan
Lagu MeleTOP Menang
Pelakon TV MeleTOP Menongkah Kasih Dicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Pencapaian Terbaik N/A Dicalonkan
Selebriti Pilihan Kulit Majalah N/A Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Penyanyi Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
Gandingan Serasi Drama (bersama Sharnaaz Ahmad) Awak Sangat Nakal Dicalonkan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial N/A Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik ke-16
Kolaborasi Terbaik – Lagu Nakal Nakal Nakal Menunggu
Lagu Paling Popular APM Menunggu
Artis Paling Popular APM N/A Menunggu
Ikon Media Sosial N/A Menunggu

Rujukan

Pautan luar

Persondata
Nama Nur Suhada Jebat
Nama alternatif Ayda Jebat
Pemerihalan ringkas Pelakon
Tarikh kelahiran 17 Mac 1992
Tempat kelahiran Melaka, Malaysia
Tarikh kematian
Tempat kematian