Nabila Razali
Malaysian singer and actress

Nabila Razali

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer and actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
13 November 1992(Petaling Jaya)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Nur Nabila binti Mohd Razali (lahir 13 November 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Nabila mula bergiat dalam bidang seni apabila beliau menyertai Akademi Fantasia Musim 10 pada 2013.

Kehidupan awal

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang. Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

Kerjaya

Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013, sebaris dengan penyanyi seperti Amira Othman, Faizul, Azhael dan Indah Ruhaila. Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan,". Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibikku Nak Kahwin pada tahun 2013 dan Ustaz Baru Nak Start (2016), tahun 2017 menyaksikan Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Hafreez Adam. Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi dari peminat.

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati" dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

Beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.

Beliau menjadi pelakon utama bersama Hefny Sahad dan Raysha Rizrose dalam siri drama online Cintaku di Bumi Izmir yang disiarkan di Unifi TV. Beliau memegang watak sebagai Fara.

Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" pada Januari 2019, dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.

Kehidupan peribadi

Pada 24 Jun 2018, Nabila dhantar ke Pusat Perubatan Tawakal akibat keracunan makanan setelah mengadu sakit perut dan lemah selama dua hari.

Nabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.

Diskografi

Tahun Tajuk Catatan
2013
"Katakan Saja"
2016
"Cemburu"
Lagu runut drama Arluna
2017
"Pematah Hati"
2018
"Cahaya Juara"
Duet bersama Priscilla Abby
OST Lee Chong Wei: Rise of the Legend
2019
"Vroom Vroom"

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Wafeen Wardah Astro Ria
2018 Cintaku Di Bumi Izmir Fara Hypp Sensasi
Matahari Cerah Lagi Suha TV Okey
Sunsilk #SISCUBA Mawar TV3 Drama pendek

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Bibik Aku Nak Kahwin Astro Maya HD
2016 Ustaz Baru Nak Start Astro Ria
2018 Pengantin Lari Culik Artis Fammy Astro Citra
2019 Lelaki Kelas Sebelah Nona TV3
Nana Dan Jam Atok Cikgu Liza

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Akademi Fantasia Musim 10 Peserta Astro Ria
2016 Hot TV Artis Pilihan TV9 Akustik Hot
2017 Wanita Hari Ini
Tetamu Jemputan
TV3
Bismillah Ad-Dhuha Astro Oasis & Astro Maya HD
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Tetamu jemputan TV1
2019 Senang Terhibur Artis Jemputan TV3 24/3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar