Sissy Imann
Malaysian singer

Sissy Imann

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
Gender:
Female
Places:
Work field:
Birth:
1995
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Big Stage (Musim 1) Diskografi Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Sissy Imann binti Mohammad Kamil​ (Jawi: سيسش ايمانن; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.

Kehidupan awal

Sissy dilahirkan pada 24 Oktober 1995 dan merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama

Kerjaya

Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.

Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.

Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.

Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.

Pada 27 Mac 2019, Sissy akan muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.

Big Stage (Musim 1)

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Mungkin Kamu" Sissy Imann Tempat Pertama
Minggu 2 "Semoga Abadi" Misha Omar Tempat Pertama
Minggu 3 "Drama"

(duet bersama Ara Johari)

Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie Ke-5
Minggu 4 "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" Mas Idayu Tersingkir

Diskografi

Tahun Tajuk Catatan
2014
"Mungkin Kamu"
OST Eksperimen Cinta
"Benar Ku Tak Bohong"
2015
"Entah Apa Rasa"
2017
"Jatuh"
2019
"Pesanan Ayahanda"
"Sudahlah (Meow!)"

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Tolong Aku Doktor Cinta TV2
Kariah Cak Pong Cik Tiara TV3
Cinta Belum Tamat Tempoh Aween Lee Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Misi Penculikan Cinta Cinta Farhani TV3 sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) 33

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 Big Stage Musim Pertama Astro Ria sebagai peserta
2019 The House Astro Ria bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie
Malam Kenangan Mengusik Jiwa TV2 sebagai artis jemputan
Muzikal Lawak Superstar Astro Warna

Rujukan

Pautan luar