Fara Hezel
Malaysian singer

Fara Hezel

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
Gender:
Female
Places:
Work field:
Birth:
1996
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Nurfaraazira binti Yusri (lahir 8 Mei 1996) atau lebih dikenali sebagai Fara Hezel (kadangkala dieja Fara Hazel) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta program Big Stage dan kakak kepada penyanyi Aiman Tino.

Kerjaya

Bakat beliau mula dikesan ketika berusia 3 tahun, namun rezeki lebih berpihak kepada adiknya, Aiman. Fara menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Andi Bernadee dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta pertama tersingkir.

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 "Setiaku Pasti" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 "Cinta Tersimpul Rapi" Anis Suraya TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Fara lahir dan membesar di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Beliau menamatkan pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada 7 Oktober 2018.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon Erry Putra, namun hubungan mereka berakhir kerana tidak direstui keluarga.

Diskografi

Tahun Tajuk Catatan
2017
"Setiaku Pasti"
2018
"Rindu Dalam Benci"
Duet bersama Wany Hasrita
"Ku Pasrah"
2019
"Sukar Untukku"

Filemografi

Telefilem

  • Cikgu Pencen (2019)
  • Cerita Hantu Asrama (2019)

Rujukan

Pautan luar