

Introduction
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita (lahir 24 Disember 1992) merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu'. Beliau juga turut menyanyikan lagu ' Rintihan Rindu', lagu tradisional seperti 'Ewah Ewah' ciptaan Arwah Pak Ngah, selain itu lagu duet bersama Tajul 'Disana Cinta Disini Rindu' dan 'Aku Serius', Wany berasal dari Cheras, Selangor dan kini menetap di Kuala Lumpur.
Beliau merupakan artis rakaman FMC Music dan mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu ditonton melebihi 32 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton melebihi 10 juta.
Kini, Wany Hasrita mempunyai pelbagai lagu berbagai genre iaitu Rintihan Rindu, Ewah-Ewah, Semarak Syawal (ciptaan Allahyarham Pak Ngah), Semaikan Cinta dan lagu duet terbaharu bersama Tajul, Aku Serius beserta Rindu Dalam Benci.
Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH31 adalah suatu kejayaan besar buat Wany Hasrita atas usaha murni daripada kelab peminatnya tersendiri.
Biografi
Wany Hasrita beragama Islam dan berbangsa Melayu. Wany dilahirkan pada 24 Disember 1992 di Cheras Selangor.
Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.
Diskografi
Single
| Tahun | Tajuk | Kedudukan Tertinggi | |||
|---|---|---|---|---|---|
| 2016 | Memori Berkasih versi Korea (bersama Kim Dong Gyun) | ||||
| Menahan Rindu | 1 | 1 | 1 | 1 | |
| 2017 | Disana Cinta Disini Rindu (bersama Tajul) |
4 | 1 | 4 | 4 |
| Lebaran Terindah | |||||
| Rintihan Rindu | 13 | 1 | 4 | 4 | |
| Ewah-Ewah | 17 | – | |||
| 2018 | Rindu Dalam Benci (bersama Tajul) |
24 | 8 | 5 | |
| Semarak Syawal | |||||
| Semaikan Cinta | |||||
| Aku Serius (bersama Tajul) |
|||||
| 2019 | Terlalu Memuja | 7 | 3 | 7 | 2 |
| Sinar Terindah (bersama Wani Syaz) | |||||
| Menanti Di Aidilfitri | |||||
Filemografi
Drama
| Tahun | Tajuk drama | Watak | Saluran TV | Nota |
|---|---|---|---|---|
| 2019 | Aku Pilih Dura | Nura | Astro Ria 3 HD | Drama akan bersiaran sepanjang bulan Zulkaedah 1440H. |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2018 | Tergantung Rindu | Wani | Astro Mustika HD | Watak Utama |
| 2019 | Cerita Raya Luar Biasa | Wany | Astro Ria | Watak Utama |
Anugerah dan pencapaian
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Baharu Wanita Popular | Dicalonkan |
| Penyanyi Wanita Popular | Dicalonkan | ||
| Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Baru Terbaik Wanita
______________________________________ Lagu Paling Popular APM (Disana Cinta Disini Rindu feat Tajul) ______________________________________ Ikon Media Sosial |
Dicalonkan | |
| Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Wanita Hot 2017
______________________________________ FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita |
Dicalonkan
Menang | |
| 2018 | Anugerah Digital Muzik Era 2018 | Artis Era Jaa TV Terbaik
______________________________________ Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era (Disana Cinta Disini Rindu feat Tajul) ______________________________________ Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 (Menahan Rindu) |
Menang |
| Anugerah Juara Lagu 32 | Menahan Rindu | Dicalonkan | |
| Artis Baharu MeleTOP
______________________________________ Group Meletop/Duo Meletop |
Dicalonkan | ||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Bintang Paling Popular | Menang | |
| Penyanyi Wanita Popular | Menang | ||
| Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Tajul) | Dicalonkan | ||
| 2019 | Anugerah Digital Muzik Era 2019 | Temubual Terbaik Carta Era 40______________________________________
Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era (Rindu Dalam Benci feat Tajul) |
Dicalonkan |
Anugerah MeleTOP Era ke-6 |
Group Meletop/Duo Meletop | Dicalonkan | |
| Toyota Gazoo Racing Season 2 | Naib Juara Perlumbaan Toyota Vios Challenge 2018/2019 | Menang | |
| Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Pencapaian Terbaik | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Wany Hasrita di Instagram