Amylea Azizan
Penyanyi wanita Malaysia

Amylea Azizan

The basics
Quick facts
Intro
Penyanyi wanita Malaysia
Gender:
Female
Work field:
Birth:
1986
Instruments:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Akademi Fantasia (Musim 3) One in a Million (Musim 3) Diskografi Pencapaian Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Amylea Azizan (diahirkan pada 26 November 1986) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Bakat seninya lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Amylea mendapat tempat ketiga, Akademi Fantasia 3 . Amylea terkenal dengan frasa "Amazing" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Amazing Amylea”. Amylea pernah melakukan falseto yang mencapai nota bawah teknik siulan pada Konsert Kelima Akademi Fantasia Musim ketiga dalam lagu Hak Milik Kekal.

Kehidupan awal

Amylea dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Sekolah pertama ialah Sek Keb Sungai Petani (1) Sekolah terakhir, SMK Mahsuri, Langkawi. Beliau menetap di Langkawi pada tahun 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada tahun 2001. Ketika di Tingkatan 5, menjadi Deejay Sambilan di Radio Langkawi selama setahun. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik tapi kurang berminat

Bila ibunya sakit, terpaksalah Amylea menggantikan tempat ibunya di “Sheraton Perdana”, menjadi Penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun - 6 hari seminggu. Kali pertamauji bakat (Akademi Fantasia ) atas dorongan keluarga.

Kerjaya

Amylea memulakan kerjaya seni beliau apabila mula menyertai Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005.Selain itu, beliau juga terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8. Namun, tersingkir pada konsert mingguan Top 5.

Pada tahun 2009, Amylea akhirnya mengeluarkan album beliau yang berjudul Selepas 3. Hal ini demikian kerana, album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

Pada 2017, Amylea telah menyertai pertandingan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia Megastar yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir pada minggu ke 2 pada Konsert Homecoming.Dalam pertandingan tersebut, Amylea membawa lagu beliau sendiri yang bertajuk Ku Berserah yang diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan R&B.

Akademi Fantasia (Musim 3)

Konsert Tugasan Lagu Penyanyi asal
Minggu 1 "Inikah Cinta" Sheila Majid
Minggu 2 "Asmara" Anneke Gronloh
Minggu 3 "Anggapanmu" Ziana Zain
Minggu 4 "Don't Know Why" Norah Jones
Minggu 5 "Hak Milik Kekal" Linda Rafar & Diana Rafar
Minggu 6 "Hati Ini Telah Dilukai" Krisdayanti
Minggu 7 "Penawar Rindu" Orchid Abdullah
Minggu 8 "Dua Insan Bercinta" Ella
Minggu 9 "Gemilang" Jaclyn Victor
Minggu 10 (Akhir) "Ku Berserah"

(lagu baru)

Amylea
"Sweet Child of Mine" Guns N' Roses

One in a Million (Musim 3)

Konsert Tema Lagu Persembahan Penyanyi asal
Top 12 Bebas "Aku Skandal" Hujan
Top 11 Memori Tercipta "Akan Tiba" Alif Satar
Top 10 Bebas "Bohemian Rhapsody" Queen
Top 9 Tribute Penulis Lagu & Lirik "Yang Pernah" Estranged
Top 8 Lagu Berlawanan Jantina "I'm Yours" Jason Mraz
Top 7 Bebas "Satu Dalam Sejuta" Amylea
Top 6 Bebas "Somewhere Only We Know" Keane
Top 5 Tribute Dato' Sheila Majid "Dia" Dato' Sheila Majid

Diskografi

Album

  • Selepas 3 (2009)

Singles

Tahun Tajuk Album Nota
2006 "Ku Berserah" Selepas 3
2008 "Aku Sindarela" OST Aku Sindarela (2008, TV3)
2009 "Aku dan Mimpi"
2010 "Patung"
2012 "Wujud" (ft. Roman & Mira Tilu) OST 7 Ramadan (2012, TV3)
2013 "Seperti Dia" OST drama Ramadan Yang Hilang (2013, TV3)
"Tentang Dirimu" Versi Amylea - OST Kerana Lelaki Itu (2013, TV9)
"Menunggu" OST Misiku Kuza (2013, Astro Ria)
2014 "Siapa Diriku" (ft. Nadia Aqilah)
2018 "Tak Pernah Hilang" (ft. Kaer Azami) OST Nur (2018, TV3)
2019 "Tetap Kamu" (ft. Megat) OST Nur 2 (2019, TV3)

Pencapaian

  • Top 12 One In A Million Season 3 (OIAM 3) February 2009
  • OST Akan Tiba Rona Roni Makaroni (Januari 2009)
  • OST Aku Sindarela (2008)
  • Single Aku Sindarela (2008)
  • Single Andai Kerna Pasti (2007)
  • Top 5 ABPBH 2007 Artis Baru Popular
  • Duta Maggi Slurrpp
  • Album EVO 05
  • Salam Raya AF3

Rujukan

Pautan luar