Natasha Elyzza
Malaysian actress

Natasha Elyzza

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
1994(Petaling Jaya)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Natasha Elyzza binti Rohishim (lahir 19 Oktober 1994) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau mula berlakon pada 2013 dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam drama Duri Di Hati yang disiarkan di TV3.

Kerjaya

Natasha Elyzza, mesra dengan panggilan Tasya membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Duri Di Hati yang disiarkan di Slot Azalea TV3, kemudian diikuti oleh Bila Hati Perempuan Menjerit di Astro Prima.

Kerjaya filem beliau bermula pada 2017 apabila ditawarkan membintangi filem pertama lakonannya, Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang lakonan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong; menjayakan watak sebagai Yoo Ri. Filem ini ditayangkan pada 30 Mac 2017.

Kehidupan peribadi

Natasha sebelum ini pernah dikaitkan dengan isu video aksi 'panas' membabitkan wanita mirip pelakon Fathia Latiff. Beliau memohon maaf berhubung penyebaran rakaman itu melalui media sosial.

Natasha bersama pelakon Mimi Lana dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Akibatnya, beliau dipenjarakan selama 11 hari. Natasha dibebaskan pada 29 September selepas hasil siasatan mendapati dadah berkenaan bukan milik beliau.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2017 Kimchi Untuk Awak Yoo Ri Michael Ang Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Duri Di Hati TV3 Slot Azalea
Bila Hati Perempuan Menjerit Astro Prima
2013-2014 Projek Memikat Suami Astro Ria
2014 Selamat Pengantin Madu Nabila TV3
Astana Cinta Aleesa TV9 Penampilan khas
2015 Dunia Generasi Baru Siska TV9 Slot Aurora
Isteri Separuh Masa Mai Astro Ria
M.A.I.D Astro Ria
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Astro Bella
2016 Isteri vs Tunang Sara Astro Ria
Cinta Roller Coaster Athirah TV3 Slot Dahlia
2017 Papa Ricky Fifi Astro Prima
Megat Extend Niki Astro Warna
2018 Rahsia Hati Perempuan Suri/Ibu Mikael Astro Ria
Terima Aku Seadanya Vanes ntv7
Aku Cinta Dia Ariana TV3
2019 Setelah Terlafaznya Akad Yana Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Swadee Thirat TV1
Payung Emas TV AlHijrah
2019 Boyfriend Aku Dari Neraka Nadia TV1

Rujukan

Pautan luar