Salina Saibi
Malaysian actress

Salina Saibi

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
10 January 1982(Kuala Lumpur, Malaysia)
Star sign:
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Salina Saibi (lahir 10 Januari 1982) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan peranannya dalam drama-drama kepolisan seperti CID 3278 (2006–07) dan Gerak Khas (2007–kini). Sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2001, akhirnya pada 2009 beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM22) menerusi watak lakonannya sebagai Amy (bohsia mangsa sumbang mahram) dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1982 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik. Salina berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Beliau telah berlakon sebanyak berpuluh drama dan telefilem di beberapa stesen TV termasuk RTM, TV3, TV9 dan Astro. Sebagai seorang pelakon yang berdisplin, komited, fokus, sangat lasak dan boleh melakonkan apa sahaja watak yang diberi, boleh dikatakan Salina ialah seorang pelakon yang serba boleh. Beliau mula dikenali umum menerusi watak Inspektor Rita dalam siri drama penyiasatan CID 3278 yang turut dibintangi oleh Faizal Yusof (Allahyarham), Along Eyzendy, Kamal Affandi Hashim, Azman Nor dan lain-lain. Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau pernah menjadi penyanyi.

Pada tahun 2007, Salina dipelawa oleh orang kuat Skop Productions, Yusof Haslam bagi membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas yang mana beliau menjayakan peranan pembantu dalam beberapa episod termasuk "Misteri Elisa" dari musim kelapan siri ini, 3 tahun kemudian, beliau dibawa menjayakan watak utama sebagai Inspektor Salina. Sejak itu, beliau banyak berkhidmat di Skop Productions.

Salina menjadi bintang utama bersama Nabila Huda dalam filem drama aksi sosial 2009, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof; beliau memegang watak sebagai Amy, seorang gadis bohsia yang mengamalkan gaya hidup bebas, ia turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Johan Raja Lawak, Aaron Aziz dan Diana Danielle. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Salina memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.

Salina muncul dalam dua filem yang ditayangkan serentak pada 2011, iaitu filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan di mana wataknya sebagai Zura, rakan karib Anna lakonan Sabrina Ali dan komedi romantik Aku Bukan Tomboy, Salina memegang watak Sam, seorang gadis pengkid yang mempunyai perasaan terhadap Farisha lakonan Scha Al-Yahya. Filem ini memerlukan beliau memakai bengkung.

Beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan Datuk Yusof Haslam, bersama Syamsul Yusof dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur. Beliau kembali menjayakan peranan Amy dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012.

Kehidupan peribadi

Salina telah berkahwin pada tahun 2007 bersama Azmir Osman dan dikurniakan 2 anak perempuan bernama Farah Syakira (lahir 2009) dan Farah Aqeela (lahir 2015). Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan.

Pada 25 Mac 2013, anak sulung beliau, Farah Syakira yang mesra dengan panggilan Kiera menjadi perhatian masyarakat apabila Farah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam kolam renang di kediamannya satu kondominium di Cheras semasa acara parti barbeku di kawasan berdekatan. Salina berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya tidak sangka Kiera berani tarik tangan budak lelaki yang hampir lemas sehingga menyelamatkan nyawanya,"

Pada 9 Julai 2017, bapanya meninggal dunia akibat penyakit kanser hati. Salina juga aktif membuat dan meniaga biskut, terutama semasa bulan puasa Ramadan.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Amy Syamsul Yusof Filem pertama
2011 Khurafat Zura
Aku Bukan Tomboy Sam
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Amy
2017 Dhaka Attack Dipankar Dipon Filem Bangladesh

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2002 Spanar Jaya Pelakon undangan ntv7
2003 Mengejar Pelangi Shida Astro Ria
2004 Senario TV3
2005 Puteri TV3
2006-07 CID 3278 Inspektor Rita TV9
2007 Pasrah The Series Natasha TV9
2007 Airmata Maria Julie TV3
2007-2011, 2014-kini Gerak Khas ASP Salina TV2
2008 Laila Majnun TV3
Mariam TV3
2009-11 Serapah Darah Bulan Madu Adura Astro Prima
2009 Dari Mata Arisa TV1
2010 Nigina TV3
2012-13 Metro Skuad ASP Syakira TV2
2013 Di Bawah Langit TV1
2017 Dia Bidadariku Rita Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan
2002 Ayam
2003 Cinta Betting
Indi Anak Jon
SpyMan
2004 Permintaan Terakhir
2005 Hang2
2008 Surat dari Alamanda
Puasa Terakhir
2009 Bila Guruh Bergempita
2010 Kuala Pilah Next Top Model
2011 Impian Terindah
Nasi Goreng Ikan Masin
2012 Calon Suamiku
Asmara Beijing Dira
2013 Sepasang Kurung Biru
3+3
Payung ke Syurga
Gym
Gila
Pukau
Kembali Bertaut
Cinta Seusia Kita
Keranamu Seri
Orang Ke-3
Saad SB

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
2003 Pastikan ORI! Baru Beli!? juga dibintangi oleh Adam Corrie Lee

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Menang

Rujukan

Pautan luar