Sabrina Ali
Malaysian actress

Sabrina Ali

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
26 June 1980(Kuala Lumpur)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Sabrina binti Ali Dad Khan atau lebih dikenali sebagai Sabrina Ali (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem. Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr. Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1980 di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang, termasuk tiga adik-beradik tiri. Seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang lakonan, Miller, Aliff Alli dan Farali Khan membina nama dalam kerjaya lakonan di Indonesia. Sepupu beliau ialah pasangan adik-beradik pelakon dan pengarah filem terkenal, iaitu Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Bapa saudara beliau ialah Datuk Yusof Haslam yang merupakan pelakon, pengarah, penerbit filem dan pengasas Skop Productions, ibu beliau merupakan kakak kepada Datuk Yusof.

Kerjaya

Sabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro, bersama-sama peserta selebriti lain termasuk Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersama Tania Hudson dalam siri TV, Mayang Mengurai di TV3.

Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya. Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonan Nabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Munafik (2016). Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam filem drama biografi, Makrifat Cinta dan sebagai Diana dalam KL Special Force.

Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.

Kehidupan peribadi

Sabrina berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim yang berasal dari Singapura pada 2006, mereka memfailkan perceraian pada 2010. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2011 dan bercerai 3 tahun kemudian.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Khurafat Anna Syamsul Yusof Filem pertama
2016 Munafik Zati
2017 Dorm Melati Rose Eyra Rahman
2018 Makrifat Cinta Faridah Kamal G
KL Special Force Diana Syafiq Yusof

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Sephia Haida TV3
2005–08 Dilema Wanita Pelbagai watak RTM Peranan ulangan
2008 Kasih Iftitah TV3
2009 Matahari TV3
2010 Mayang Mengurai Kornilam TV3
Fitrah Wanita TV2
2012 Ameera Rozi TV3
Tanah Kubur (Musim 3) Zainab Astro Oasis Episod: "Anak Angkat"
2014–kini Gerak Khas Pelbagai watak TV2 Peranan pembantu (3 episod)
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Delikorah Astro Oasis Episod: "Mushahaqah"
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Puan Mona Astro Ria
2019 KL Gangster: Underworld (Musim 2) Victoria Cortez iflix

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Sehati Berdansa (musim 2) Peserta Astro Ria

Iklan

Tahun Tajuk
2017 "#PintarkahAnda"

Rujukan

Pautan luar