Reen Rahim
Malaysian actress

Reen Rahim

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
3 November 1988(Klang)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Anugerah dan pencalonan Catatan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Noreen Ashikin binti Abdul Rahim (lahir 3 November 1988) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Dandanan Rambut. Kerjayanya berkembang selepas ia menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga.

Kehidupan awal

Reen dilahirkan pada 3 November 1988 di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon. Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.

Kehidupan peribadi

Sekitar 2016, Reen sebelum ini pernah menjain hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan. Pada pertengahan 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang pemuda yang menetap di Scotland, dan sudah berkenalan selama setahun.

Reen memberikan respons mengenai penampilan seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: "Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian." Beliau sebelum ini dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Reen memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG) kerana "malas nak layan komen yang tidak sepatutnya".

Filemografi

Kunci
Reen Rahim Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Gangster Celop Rabiahtun Ahmad Idham Filem pertama
2015 Mirip Jokin
2016 Mawar Putih Tengku Zarina Rosnani Jamil
2017 Soulmate Hingga Jannah Qalisya A Razak Mohaideen
Balun Mona Bob Singah
Rempit Sampai Langit Inspektor Murni Silver Chung
2018 KL Vampires Reen Rahim Reem Najwa Devan R.
2019 Town Mall Reen Rahim Ahmad Idham Pos-produksi
TBA Omerta Reen Rahim Aeril Zafrel Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Aku Tak Percaya Cinta Elia TV1
Runtun Qalbu Amy TV3
Evolusi KL Drift: The Series Amy TV2
2013 Sahara Sahara Astro Prima
Jodoh Katya Astro Ria
Kampung Girl TV3
Cinta Jannah Balqis TV3
AKU Nini TV3
Kiambang Amira TV2
2014 Lara Ameena
Menantu Sepuluh Ribu Umairah TV3
Tanah Kubur Musim 9 Aida Astro Oasis Episod: "Semabuk Arak"
Buih-Buih Kasi Fazrin
2015 Terlanjur Mencintaimu Tengku Hanis Zulaikha
Masihkah Ada Kasih
HidayahMu Ramadan Amira TV3
Zara Zara
2016 Jom Kahwin Fatiha
Lambaian Ramadan Warda
Imam Muda Dari Cairo Puteri Aishah
Sayangku Kapten Mukhriz Siti Awina TV3
Pergilah Air Mata Maria TV1
Tika Langit Terbuka Astro Oasis
Abang Sado Boleh Beres Linda TV3
Puteri Idaman
Diari Cinta Kita Lisa TV9
2017 Jangan Ikut Aku Cikgu Aleeya TV3
Tauke Jamu Gia Avira TV3
Waris Kampung Semarah Padi Melati TV1
2018 Geng Tadarus Arlene TV2
Suriram Suri Astro Prima
Selamat Malam Tan Sri Hanim Hanani TV2
Mencari Qiblat Dila TV3
Raisha 2 Mira TV3
Pujaan Hati Kanda Suria TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Air Yassin
Istidraj
2015 Talak Rina TV3
Romantika Bulan Madu
Gebu-Gebu Manis Amira
Pengantin Gila TV3
Wira Insan
Aku Bukan Hijabista
Calon Isteri Odah
Pinangan Ke-20
2016 Cintaku Terkail Wani
Kaki Kipas
Dengan Beetle Kami Beraya
Jaga Depa Sat Mya
Bella TV3
2017 Wanita Luar Biasa TV9
Obses Irezah HyppTV
Jalan Sehala Ally TV1
2018 Perahu Kecil Syikin TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/peserta RTM

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Pilih Kasih Juara
2013 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Talak) Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan

Catatan

Rujukan

Pautan luar