Syamim Farid
Malaysian actress

Syamim Farid

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
1991
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan peribadi Kerjaya Filemografi Pencapaian Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Che Puan Syamim binti Mohd Farid (lahir 29 Januari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15.

Kehidupan peribadi

Syamim dilahirkan dan dibesarkan di Batu Caves, Selangor. Beliau berkahwin dengan Tengku Ezrique Ezzudean pada 2016.

Kerjaya

Beliau mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.

Selepas Dewi Remaja tamat, Syamim ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).

Syamim memegang watak sebagai Shanie dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, yang memerlukan beliau untuk menyanyi. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lelaki Macam Dia Astro Ria
2017 Mata Cinta Ejay Astro Gempak Web drama
2018 Cinta Tiada Ganti Shanie Astro Prima Adaptasi drama Filipina
Kan Ku Kejar Cinta Kamu Kalsom Astro Ria Adaptasi dari Novel
2019 Surat Cinta Buat Tuhan Nina Astro Oasis

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014-15 Dewi Remaja Astro Ria Dirinya sendiri/Peserta
2016 HLive!
2017 Go Shop Go Shop
2018 Gaya VIP My Freeview

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Naib juara

Rujukan

Pautan luar