Raysha Rizrose
Malaysian model and actress

Raysha Rizrose

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian model and actress
Gender:
Female
Places:
Birth:
22 June 1996(Petaling Jaya, Malaysia)
Star sign:
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose (lahir 22 Jun 1996) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan juara Dewi Remaja 2014/2015 dan adik tiri pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berketurunan Melayu dan Cina Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Thai; Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, ia merupakan kemunculan sulung beliau di televisyen.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid. Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.

Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang dijalankan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja. Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3. Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.

Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.

Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 bermula 29 Januari 2019.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,". Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".

Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2016 Dukun Doktor Dani Fikha Sabri Yunus Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Pak Su Man Mimi TV AlHijrah Penampilan TV pertama
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yuhanis TV3
Apa Dah Jadi Alana TV2
Misi Laksa dan Laksam Mek Su TV3
2018 Zahir Tak Terucap Aishah TV3
Cintaku Di Bumi Izmir Sharifah Suzan Sevgi Hypp Sensasi
2019 Dia Menantu Rahsia Melissa TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Isteriku Miss Sally Sherry TV1
Batas
2017 Pendosa Ingin Ke Syurga Juanita TV3
2018 Simpang Sejenak Suri TV3
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya Yuhanis TV3
Mr. Smiley TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014-15 Dewi Remaja Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Tetamu jemputan

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Juara
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pasangan Serasi Drama (bersama Idris Khan) Dicalonkan

Rujukan

Pautan luar