Daiyan Trisha
actor

Daiyan Trisha

The basics
Quick facts
Intro
actor
Gender:
Female
Places:
Birth:
22 December 1993(Selangor)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan peribadi Kerjaya Filemografi Diskografi Anugerah dan pencalonan Nota kaki Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee.

Kehidupan peribadi

Daiyan Trisha lahir dan membesar di Bangi, Selangor kepada pasangan Samsiah binti Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal dan Mohd Nasaruddin bin Mohamed. Merupakan anak kedua daripada lima beradik dalam keluarganya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). Daiyan memetik penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift sebagai pengaruh dan idolanya dalam bidang muzik.

Kerjaya

Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air pada 2013 ketika berusia 20 tahun. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee yang bersiaran di Astro Ceria. Telefilem ini turut melahirkan sebuah siri TV dengan judul sama yang disiarkan pada 2015.

Kerjaya filem beliau bermula pada 2015 menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo. Sebagai penyanyi, Daiyan telah merakamkan beberapa lagu dan single termasuk "Kerana Kau", "Cinta Suka Sayang Kamu" dan "Kita Manusia". Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy menerusi lagu "Kita".

Dari November 2017 sehingga Januari 2018, Daiyan membawakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, adaptasi dari drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Filem kedua beliau, Busker yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikhail ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.

Daiyan menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Beliau memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Girlfriend Kontrak Sara Virgina Kennedy Filem pertama
2018 Busker Vera Syed Fariz

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Dee Dee Astro Ceria
2015 Aku Mahu ke New York Fasha
2018 Syawal Mencari Cinta Tasya/Cinta ntv7

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Geng Kampung Pisang 2 Monaliza TV3
2015 Dee The Series Dee Astro Ceria
Geng UPSR Kak Zulaika Astro Tutor TV
2017 My Coffee Prince Ira Astro Ria
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Adelia Naurah

Diskografi

Tahun Tajuk Penyanyi undangan Rujukan
2013
"Kerana Kau"
2014
"Cinta Suka Sayang Kamu"
Faizul AF
2015
"Jatuh"
2016
"Kau Tahu"
"Stargazing"
"Kita"
Calvin Jeremy
2017
"Boy In My Dream"
"Kita Manusia"
2018
"Ingat"
"Brutal"
"Langit"
2019
"If I"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Anugerah Industri Muzik ke-22 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik "Stargazing" Dicalonkan
2017 Anugerah Planet Muzik ke-16 Kolaborasi Terbaik - Artis (bersama Calvin Jeremy) "Kita" Dicalonkan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Harapan Busker Dicalonkan

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar