Ben Amir
Malaysian actor

Ben Amir

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian actor
Gender:
Male
Places:
Birth:
1990(Kuala Lumpur)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Muhammad "Ben" Amir Sabaruddin (Jawi: محمد بن أمير صبار الدين; lahir 13 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012. Antara kredit lakonan beliau ialah Playboy Itu Suami Aku (2013), Suri Hati Mr. Pilot (2016) dan Cinta Tiada Ganti (2018).

Kehidupan awal

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.

Kerjaya

Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

Dari 1 Januari sehingga 24 Februari 2018, Ben memegang watak sebagai Kamal dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali dengan idea asal oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Adi Putra, Rashidi Ishak, Noorkhiriah, Tania Hudson dan Wawa Zainal.

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, beliau digandingkan bersama Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi telenovela Filipina Cinta Tiada Ganti; memegang watak sebagai Khairil. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.

Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yangbersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

Pada Ogos 2019, Ben telah mendapat tawaran melakonkan watak Qash Adam dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang yang bersiaran di Astro Ria, lakonan bersama Mira Filzah. Drama ini turut dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina Juren, Yuna Rahim, Nasz Sally ,Yusuf Bahrin, PU Azman, Didi Astillah dan Roy Azman.

Kehidupan peribadi

Ben ialah seorang yang pemalu. Dalam tahun 2018, beliau mendapat perhatian umum kerana memilki wajah seiras ahli politik dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, beliau juga dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon, Uqasha Senrose. Namun begitu, Uqasha menafikan dakwaan mereka adalah kekasih dengan menyatakan mereka hanyalah kawan biasa. Sehingga kini, tiada petunjuk bahawa mereka masih berhubung.

Filemografi

Kunci
Ben Amir Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Romeo Kota Amir Datuk Aaron Aziz Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Fira Ayuni Budin TV3
Playboy Itu Suami Aku Sam
2014 Merah Bukan Jambu TV1
Cinta Ilahi Amir TV3
2015 Dunia Generasi Baru Zuhal TV9
Asam Pedas Untuk Dia Ashriq TV3
Suami Sebelah Rumah Dr. Ziyad
2016 Cinta Hati Abah Fikri
Mariam Alisa Farhan
Menantu Ting Tong Mikhail
Bagaikan Kelip-Kelip Ashreeq TV9
Suri Hati Mr. Pilot Dr. Muslim Astro Ria
2017 Semusim Rindu Ikhman Atjumal Astro Prima
Jojie Gigil Adam TV3
2018 Sejadah Untuk Dia Kamal Astro Oasis
Air Mata Di Bumi Matador Iskandar TV2
Inai Yang Hilang Razif ntv7
Cinta Tiada Ganti Khairil Astro Prima
Dua The Series Daniel Astro Gempak
2019 Spanar JayaX Zaki TV3
Encik Iman Ekspres Engku Riyad Astro Ria
Aku Bukan Geisha Aidil TV2
Sweet Dreams Qash Adam Astro Ria
Lara Syakila Ben Amir Fahim RTM

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Amin TV2
Abang Long vs Kak Long Inspektor Azwan TV3
2014 Ini Harta Haji Nana Yang Punya Subhan
Bulanku Di Hentian Andi TV2
Hajah Bakhiliah TV9
Kemaafan Terindah Hafiz TVi
2015 Cinta Qasidah Sufian Astro Ria
Cupcake Mama Danial
Dalam Pelukan Ramadhan Annas
Pintu Taubat Malik TV3
Kek Batik Cheese Leleh Danny TV9
2016 Jangan Ambil Botol Itu
Mama Sado Idris
Cinta Tiga Rasa Mukhriz
Alien Janda Baik Suhardi Astro Citra
2017 Calon Menantu Bapak Irfan Syah HyppTV
2018 Miss Sakura Hadi TV2
Bulan Bintang Dan Sayang Amir ntv7
One Last Raya Bersama Ahmad Lais
Personal Shopper Hijazi Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2017 MeleTOP Tetamu jemputan Astro Ria Bersama Intan Ladyana
H! Live Special bersama Farez Ridzwan, Aizat Hassan, Jasper Supayah, Dayang Areeda, Hafeez Mikail, Fatin Afeefa, Maisarah Syaf, Tengku Fiella serta Donna Muslim dan Elly Arifin
2018 Apa Nak Makan Ni? TV3 bersama chef Naem dan Betty Rahmad - episod 1 (19 Mei 2018)
Bawang Live Astro Ria bersama Aedy Ashraf, Emelda Rosmila dan Raja Shahreza (22 November 2018).
Hello Switzerland Pengacara TV1
2019 Bawang Live Tetamu jemputan Astro Ria bersama Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Issac Iman, Elisya Sandha (7 Mac 2019)
MeleTOP bersama Fikry Ibrahim, Nelydia Senrose dan Issac Iman (12 Mac 2019)
Bawang Live bersama Mira Filzah, Datin Nina Juren, Yuna Rahim, Yusuf Bahrin, Michael Ang, Sean Lee dan Nasz Sally (5 Ogos 2019)
MeleTOP bersama Mira Filzah dan Sean Lee (6 Ogos 2019)
CCTV bersama Mira Filzah dan Sean Lee (22 Ogos 2019)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011/2012
Hero Remaja
Finalis
2020
Anugerah MeleTOP Era ke–7
Pelakon MeleTOP Sweet Dreams Menunggu
Drama MeleTOP Menunggu

Rujukan

Pautan luar