Uqasha Senrose

Uqasha Senrose

The basics
Quick facts
A.K.A.
Uqasha Senrose
Birth:
1 August 1992
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Kini beliau muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Kehidupan awal

Uqasha Senrose dilahirkan pada 6 Julai 1992 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau telah bekerja sebagai pramugari di AirAsia, salah satu syarikat penerbangan terulung di Malaysia.

Kerjaya

Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik online dengan judul sama, ketika itu beliau menggunakan nama Zaris Uqasha.

Pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail "Bob" Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim.

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell.

Kehidupan peribadi

Beliau sebelum ini pernah digosipkan berpacaran dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan akibat pertikaian pendapat.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Televisyen
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Rania TV3
Tok Abah Yana Astro Oasis
2014 Ratu Shuhada Shuhada/Bawang Putih RTM
Kalau Itu Jodoh Kita TV ALHijrah
2015 Babyana TV2
Dan Hati Pun Berkata TV2
Sepahtu Reunion Astro Warna & Astro Mustika HD
Qarin Dhiya TV1
Sayap Jibril Astro Oasis
Pengembaraan Jason Murad TV9
Strawberry & Karipap The Series Musim Ke-2 (2015) Astro Ceria
2016 Tundukkan Playboy Itu (drama) Nurin Areesa TV3
2017 Kerana Anisa Laili TV3
Hero Seorang Cinderella Puteri Emallyn Astro Ria

Filem cetera

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Televisyen / Produksi
2010 Lukisan Hati
2013 Paku Pontianak Melati Metrowealth (MIG)
Bencinta Metrowealth (MIG)
2014 Oops Terlebih Pulak Thia TV9
Sedalam Mana Cinta Zaliya TV3
2015 Bila Hati Berbunga TVi
Mat Despatch Raya Sakan TV2
Wang atau Cinta TV9
Cik Puan Bibik TV1
Sesumpah Ramadan TV3
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Zaharah TV1
2016 Jam Aju Tanpa Jarum TV2
3 Hari 7 Likur TV1

Teater

Tahun Tajuk Watak Tarikh Tayangan
2016 Ombak Rindu Izzah / Suri
22 April - 1 Mei

Televisyen

  • Super Spontan 2014
  • Super Spontan All Stars
  • Spontan Boboi & Kengkawan

    Anugerah dan pencalonan

    Tahun Anugerah Kategori Keputusan
    2015 Anugerah Drama Adaptasi Terbaik Calon Anugerah Drama Adaptasi Terbaik - (Drama) Kalau Itu Jodoh Kita Dicalonkan

    Rujukan

    Pautan luar