

Introduction
Abdul Rani bin Kulup Abdullah (lahir 10 Mac 1953) merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Beliau diberi jolokan Raja Report Malaysia terkenal dengan moto "kipidap" (sebutan bagi keep it up! dalam bahasa Inggeris) dan sering muncul di televisyen setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa dan dikatakan telah membuat 1,000 laporan polis sejak 2011.
Dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor, beliau mempunyai dua isteri Zaleha Talib dan Nor Sharijan Mohammad, dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata bersama 12 orang cucu dan dikenali dengan imej berpakaian lain daripada yang lain. Beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan pernah menganggotai kumpulan muzik Sometimes.
Abdul Rani Kulup juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Beliau membuat penampilam filem cetera pertama menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi arahan Eyra Rahman dan seterusnya muncul dalam telefilem Rongples Rongtaim untuk siaran di Astro Citra menerusi slot Karya 12.
Lihat juga
- Jamal Yunos
- Adam Adli