Mamat Exists
zanger

Mamat Exists

The basics
Quick facts
Intro
zanger
Gender:
Male
Work field:
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Pencapaian Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Mohd Ali bin Kamarudin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Mamat ataupun Mamat Exist adalah seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Johor. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan Exists sekitar tahun 1991 sehingga 1994. Beliau bergerak secara solo pada tahun 1995 dan popular dengan lagu Salju Di Danau Rindu dan Hanya Engkau Kekasih.

Beliau pernah menyepi seketika dari industri muzik sekitar tahun 1998 - 2002. Tetapi pada tahun 2003, beliau muncul kembali dengan sebuah album baru berjudul Dulu...Sekarang yang menggunakan nama pentasnya iaitu 'Mamat' di bawah label FMC yang popular menerusi lagu Aleeya Mysara.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian ketika berusia 13 tahun bersama kumpulan remaja Exists pada tahun 1991. Beliau meninggalkan Exists pada 1994 dan meneruskan kerjaya seni muziknya secara solo. Pada tahun 1995, Mamat muncul dengan album solo pertamanya berjudul Mamat yang diterbitkan oleh Mat Penang di bawah label Jojo's Production. Lagu hit dalam album ini ialah Salju Di Danau Rindu.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 9 tahun apabila mereka bercerai pada 2009.

Diskografi

Album studio

Tahun Tajuk Nama Pentas Jualan
1995 Mamat
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Format : CD, Kaset
  • Label : JOJO's Production
Mamat Exist
1996 Pasrah
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Format : CD, Kaset
  • Label : JOJO's Production
Mamat Exist
2003 Dulu...Sekarang
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2003
  • Format : CD
  • Label : FMC
Mamat
2004 Seminit Bagiku
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2004
  • Format : CD
  • Label : FMC
Mamat
2006 Naluri Kasih
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2006
  • Format : CD
  • Label : FMC
Mamat

Album bungkusan

  • Salju Di Danau Rindu (1997)

Filemografi

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2003 Tiga Dara Pingitan Pengarah filem Astro Prima

Pencapaian

Muzik-Muzik

Muzik Muzik Judul Lagu Kategori Komposer Penulis lirik
Separuh Akhir Muzik Muzik 19 Yang Tinggal Pop rock Mael Tam Spider

Rujukan

Pautan luar