Kaoru
Malaysian cartoonist

Kaoru

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian cartoonist
Gender:
Female
Places:
Work field:
Birth:
1982
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Biografi Karya
The details
Biography

Introduction

Kaoru (lahir 4 Februari 1982 di Perak) ialah seorang pelukis komik wanita Malaysia. Karya beliau yang terkemuka ialah Helios Eclipse, Kaoru's Cake House dan Maid Maiden. Kesemua siri tersebut telah ditamatkan dan telah dinovelkan. Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku ilustrasiyang berjudul Sugar Addict yang menampilkan segala ilustrasi karya-karya komik beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis. Buku tersebut merupakan buku terbitan Kumpulan Art Square dan telah dilancarkan di 100% Gempak Starz.

Biografi

Kaoru dilahirkan di Perak pada 4 Februari 1982. Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai kartunis di syarikat Kumpulan Art Square menerusi majalah Gempak. Antara karya beliau yang pertama ialah Siri Maskeret Cinta. Pada tahun 2004 beliau hadir dengan karya terbaru iaitu Helios Eclipse yang bertemakan dunia fantasi yang disirikan di dalam majalah Starz yang kemudiannya dipindahkan ke majalah Gempak. Pada tahun 2009 selepas Helios Eclipse berakhir, beliau telah mencipta karya beliau yang bertemakan pembantu rumah iaitu Maid Maiden yang telah disirikan di dalam majalah Gempak yang kini telah dijadikan novel grafik bersiri.

Karya beliau yang terkini ialah My Secret Bodyguard yang sedang lagi disirikan di dalam majalah Gempak dan kini boleh didapati dalam bentuk novel grafik bersiri.

Karya

Antara karya-karya beliau sepanjang kerjaya beliau sebagai kartunis

Komik

Buku ilustrasi