Kamn Ismail
Juruanimasi Malaysia

Kamn Ismail

The basics
Quick facts
Intro
Juruanimasi Malaysia
Gender:
Male
Places:
Birth:
8 February 1956(Malaysia)
Death:
8 December 2019(University Malaya Medical Centre, Malaysia)
Star sign:
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Biografi Kematian Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Kamaruddin "Kamn" Ismail (8 Februari 1956 – 8 Disember 2019)merupakan seorang pengarah, penulis, juruanimasi dan pelakon suara Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarah siri animasi Usop Sontorian (1993–1997), siri animasi terbitan Kharisma Pictures dan juga merupakan pencipta watak dan cerita animasi Keluang Man (1997–2001). Beliau juga dikenali sebagai pelopor pengarah siri animasi TV pertama di Malaysia.

Biografi

Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1956 di Pengkalan Balak, Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di peringkat rendah dan menengah di Methodist Boys School Sentul. Selepas tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai pelukis.

Beliau bekerja dengan sebuah studio animasi England, MacLean & Company, yang pada ketika itu sedang menjalankan penggambaran filem di Malaysia. Beliau menjadi pelukis skenik di studio itu dan filem yang dihasilkan adalah filem Paper Tiger (1975) arahan Ken Annakin.

Beliau seterusnya bekerja sebagai kerani di Keretapi Tanah Melayu (KTM) sehingga penswastaannya pada tahun 1992. Kamn Ismail memulakan kerjaya animasi bersama Dato' Mohd Othman Yusof dan Micheal Lum menerbitkan siri animasi pertama negara, Usop Sontorian, yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah. Beliau seterusnya mengarahkan siri animasi adiwira Keluang Man terbitan UAS Communications.

Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat animasinya sendiri, Quest Animation (m) Sdn. Bhd yang mana Kamn Ismail adalah Pengarah Urusan syarikat.

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.

Kematian

Beliau telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 jam 4:15 petang.

Filemografi

Tahun Tajuk Pengarah Penerbit Pelakon suara Catatan
1993–1997 Usop Sontorian Ya Tidak Ya Juga sebagai pelakon suara
1997–2001 Keluang Man Ya Ya Tidak Penulis
2002 Che Nat Ya Ya Ya Penulis, 49 episod
2002 Toman 1 Ya Ya Ya Penulis, 13 episod
2002 Kumang Ya Ya Ya Penulis, 45 minit telemovie
2003-2004 Kumang Lagenda Sarawak Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2004-2005 Lagenda Kinabalu Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2006 Pusaka Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2006-2007 Pejuang Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2008-2010 Duwi Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2015-2018 Mat Kilau Ya Ya Ya Penulis, 13 episod

Rujukan

Pautan luar