The basics
Quick facts
Gender:
Male
Work field:
Birth:
1949
Death:
30 June 2019
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Rujukan
The details
Biography

Introduction

Abdul Halil Chik (1949–30 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau diberi jolokan "Tom Jones Singapura". Beliau terkenal dengan lagu malar hijau seperti "Renungan Matamu" dan "Lenggang Mak Limah", beliau melancarkan album pertamanya pada 1977 bersama syarikat rakaman EMI. Halil mengeluarkan lima lagi album dan menjadi salah satu penyanyi lelaki Melayu yang popular di akhir 1970-an dan awal 1980-an.

Dilahirkan di Perak, Halil berpindah ke Singapura pada usia enam tahun bersama keluarganya apabila bapanya menetap di sini. Bariton kuatnya sering dibandingkan dengan penyanyi terkenal seperti Tom Jones dan Louis Armstrong. Beliau memulakan kerjayanya dengan menyanyikan lagu di majlis perkahwinan pada awal 1970-an sebelum beraksi secara tetap di tempat-tempat seperti The Horizon Club di Shangri-La Hotel. Beliau ialah pemaustatin tetap Singapura dan warganegara Malaysia telah menetap di Kuala Lumpur sejak 1985. Persembahan terakhirnya ialah di Singapura di Wisma Geylang Serai pada 25 Mei. Beliau juga mengadakan konsert solonya di Esplanade Recital Studio pada 2015, persembahan tiketnya dalam tempoh tiga dekad.

Pada 19 Jun 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang selepas jatuh dari katil di kediamannya di Bukit Antarabangsa jam 9 malam. Beliau meninggal dunia pada 30 Jun 2019 di Hospital Ampang kira-kira jam 7 pagi, akibat serangan angin ahmar. Jenazah beliau dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 5.30 petang.

Rujukan