Fairuz Misran
Malaysian singer

Fairuz Misran

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
Gender:
Male
Places:
Work field:
Birth:
1985(Sabah, Malaysia; Sandakan, Sandakan Division, Sabah, Malaysia)
Death:
8 September 2023(Labuan, Malaysia; Hospital WP Labuan, Labuan, Malaysia)
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Diskografi Filemografi Kematian
The details
Biography

Introduction

Fairuz bin Misran (19 Januari 1985 – 8 September 2023) ialah seorang penyanyi dan personaliti media sosial yang berasal dari Sabah, Malaysia.

Kehidupan awal

Fairuz bin Misran dilahirkan di Sandakan, Sabah sebagai anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di SMK Bongawan, Sabah. Beliau dibesarkan di Kimanis, Papar, Sabah sebelum menetap di Wilayah Persekutuan Labuan.

Fairuz Misran diberi gelaran klon P. Ramlee kerana dari segi rupa parasnya dan suaranya yang hampir mirip dengan P. Ramlee. Beliau juga sangat mengidolakan P. Ramlee kerana kerap kali menyadur semua lagu-lagu P. Ramlee melalui Instagram, Youtube dan Facebook miliknya.

Kerjaya

Fairuz Misran pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2012. Beliau pernah juga menyertai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2010, namun tidak memenangi sebarang anugerah.

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Catatan
2019 "Indahnya Raya"
"Ikatan Asmara" ft. Baby Shima Ciptaan Harry Khalifah dan Achoi Floor 88
2021 "Untukmu"
2022 "Bak Zaman" ft. Baby Shima

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 The God of Wealth Dirinya sendiri Penampilan khas, filem lakonan pertama dan terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Pop Yeah Yeah P. Ramlee TV3 Episod: "Tribute P. Ramlee"

Kematian

Fairuz Misran meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 September 2023. Beliau meninggal dunia di Hospital WP Labuan kerana sakit dada sebelum pengsan pada pukul 1.30 tengah hari. Jenazah beliau dikebumikan pada kira-kira pukul 10 malam hari itu juga di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan.