Dino SS
Poet from Perak, Malaysia

Dino SS

The basics
Quick facts
Intro
Poet from Perak, Malaysia
Gender:
Male
Places:
Birth:
1944
Death:
17 July 1998
Employers:
Berita Harian
Malaysia
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Meninggal dunia Rujukan
The details
Biography

Introduction

Dino SS atau sebenarnya 'Mohd Said Abdul Hamid' adalah seorang pemuisi dari Perak, Malaysia. 'SS' bermaksud Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.Dia pernah bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dan kemudian mengetuai unit pendidikan seterusnya unit sastera akhbar Berita Harian.Beliau juga pernah dipinjamkan ke Akademi Penulis Pena di Lorong Lumba Kuda off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dia pernah menjadi pensyarah muda Fakulti Pengajian Pendidikan , Universiti Putra Malaysia. Dia dan keluarganya menetap di Bandar Baru Bangi.

Dino SS pernah menjadi 'anak angkat' Usman Awang iaitu mendapat tunjuk ajar dalam selok-belok penulisan.Tokoh lain yang mendapat didikan Usman Awang ialah Maarof Saad dan Sutung Umar RS dan mereka tinggal bersama di Petaling Jaya.

Dino aktif dalam Pena ketika Dato’ Ahmad Sebi Bakar menjadi presiden PENA.Ramai ahli Pena dari kalangan wartawan Berita Harian. Dino dipinjamkan ke Akademi Penulis Pena hasil usaha Ahmad Sebi.Antara pembantu beliau ialah Aziz Desa. Dino SS pernah bersama rombongan Pena berkunjung ke Eropah (Paris,Franfurt,London) pada 1994 .Turut serta ialah Baha Zain, T.Alias Taib, Wahba, Zakaria Ali, Rajiee Hadi dan lain-lain.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada usia 59 tahun pada hari Khamis, 17 Julai 1998.Ketika sedang sibuk menterjemah, tiba-tiba sahaja dia muntah lalu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain), Datuk A. Samad Said, Datuk Johan Jaaffar, S. Othman Kelantan, Wahid Kasran, Dr Ahmad Razali Yusof,Othman Shariff dan Aripin Said.


Rujukan