The basics
Quick facts
Gender:
Male
Places:
Birth:
23 September 1999(Papar, West Coast, Sabah, Malaysia)
Star sign:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Anugerah dan pencalonan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy atau Chubb-E (lahir 24 September 1999) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Ceria Megastar musim pertama, dinobatkan sebagai juara pada 2018.

Kerjaya

Pada tahun 2014, Chubb-E menjadi salah seorang peserta rancangan pertandingan bakat Astro Ceria, Ceria Popstar musim kedua, antara lain turut disertai oleh Masya Masyitah. Empat tahun kemudian, beliau menyertai Ceria Megastar musim pertama biarpun pada mulanya bukan peserta pilihan. Dengan mempersembahkan lagu "Khazanah Dari Malaya" nyanyian asal Ayati Tasrip, beliau dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Selepas tamat rancangan itu, Chubb-E merakamkan single sulungnya, "Aku Tak Kisah" yang dikeluarkan pada 2018, kemudian diikuti oleh dua single berikut—"Kita Cuma Kawan" (2019) dan "Padan Muka" (2020).

Beliau mula dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh W.A.R.I.S, Wani Kayrie, Shiha Zikir dan Sophia Liana di mana beliau digandingkan bersama kumpulan Youngsterz Crew. Beliau kemudian melancarkan single keempat, "Biru Malam" menampilkan duet bersama Amir Masdi. Kerjaya lakonan Chubb-E bermula apabila ditawarkan membintangi drama Projek: Anchor SPM lakonan bersama Aedy Ashraf, Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Sebelum membintangi drama itu, beliau pernah membintangi telefilem Ada Yang Ngikut.

Kehidupan peribadi

Chubb-E dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Walaubagaimanapun, bapanya berbangsa Brunei manakala ibunya berbangsa Filipina dan keduanya berasal dari Sabah. Pada Januari 2021, Chubb-E telah mengumumkan di media sosialnya yang beliau telah memiliki kereta mewah berjenama BMW pada usia 22 tahun.

Diskografi

Tajuk Tahun
"Aku Tak Kisah" 2018
"Kita Cuma Kawan" 2019
"Padan Muka" 2020
"Biru Malam" (bersama Amir Masdi) 2021
"Tiada Noktah" 2022

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rompak Haikal Filem pertama
Halimun Ashif

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Puasa Oh Puasa (musim 1) Dirinya sendiri Astro Ceria
2021 Salam Squad 3.0
Projek: Anchor SPM Botol Astro Citra
Malaysian Ghost Stories Ajak Astro Ria Episod: "Nenek Hostel"
2022 Kau vs Aku Zafran (Zhaf) Sooka
2023 Dara & The Gang Rizal TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Ceria Megastar: Surprise Sir Astro Ceria
2019 Ceria Megastar Ministar: Zap-in
2020 Ada Yang Ngikut Imran Astro Citra
2021 Angan-Angan Mat Jiman

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Ceria Popstar (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ceria
2018 Ceria Megastar
Feel Good Show Tetamu jemputan ntv7
2019 Ceria Megastar Ministar Mentor Astro Ceria
2020 Dansa Dan Sing Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Menang

Rujukan

Pautan luar