

Introduction
Ariz Ramli (Jawi: اريز بن رامليcode: ms is deprecated ; lahir 25 Julai 1988), lebih dikenali sebagai Caprice atau Daddycap, adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia. Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, "Lenglui" dan "Dem Girls" telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu sebenarnya. Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.
Kontroversi
Aktiviti kemanusiaan ke Gaza
Pada akhir Jun 2021, Caprice bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan dengan krisis Israel-Palestin yang menyaksikan serangan udara oleh kedua-dua pihak, dengan mengambil inspirasi daripada agamawan serta dermawan terkemuka negara, Ebit Lew yang melakukan perkara sama sebelumnya. Dalam misi ini, beliau bersama dengan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertindak sebagai ketua misi.
Walau bagaimanapun, Caprice mencetuskan isu tatkala mendedahkan teguran kepada Ebit Lew atas dakwaan mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin. Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat "campur tangan luar". Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai. Walau bagaimanapun, Caprice memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau "terlalu beremosi" terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi berseorangan.
Diskografi
Single
| Tahun | Judul |
|---|---|
| 2007 | "Lenglui" |
| 2008 | "Dem Girls" |
| 2009 | "Teman (Valentine Tak Jadi)" |
| "Fantasy Girls" | |
| 2010 | "Tuhan Tolonglah" |
| "Pilihanku" | |
| "Thinking of You" | |
| 2012 | "Chikaro" |
| 2014 | "Wat Lek Wat Peace" |
| 2017 | "Korang Tak Boleh Blah" |
| 2019 | "Baby Sayang" (bersama Mira Filzah) |
| 2021 | "Koyak" (bersama MeerFly) |
| "Lai Lah" (bersama MeerFly dan Cherry) |