

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian singer
A.K.A.
Norayu Damit
Gender:
Female
Places:
Is:
Work field:
The details
Biography
Introduction
Norayu Damit (atau Ayu) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia yang menempa nama dengan menjuarai musim kedua pertandingan menyanyi realiti One in a Million.
Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru "Inspirasi Abadi".
Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan beranak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.