Ayai Illusi
Malaysian musical group

Ayai Illusi

The basics
Quick facts
Intro
Malaysian musical group
Gender:
Male
Places:
Work field:
Birth:
(Johor Bahru, Johor Bahru District, Johor, Malaysia)
Genres:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Karier Awal Diskografi Anugerah & Pencapaian
The details
Biography

Introduction

Zaharuddin bin Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Ayai adalah salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988. Beliau juga adalah abang kepada Mohd Halim Kamaruddin, vokalis gantianuntuk kumpulan Ekamatra ketika kumpulan tersebut bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990.

Bersama kumpulan Illusi, nama Ayai mula meniti di bibir peminat menerusi lagu-lagu hitnya, antaranya ialah Puisi Cinta (1988), Segalanya Ku Terima dan Suara Cinta (1989) serta Inang Bujang Dan Dara (1993). Kemudian, beliau meneruskan kerjayanya secara solo dan sempat menghasilkan satu album studio berjudul Ayai Illusi pada tahun 1995.

Karier Awal

Ayai memulakan kariernya dalam bidang seni suara pada 1970 sebagai penyanyi radio RTM bersama Orkes RTM kawasan selatan di Johor Bahru di bawah pimpinan Allahyarham Taib Othman yang juga bapa kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama) dan Din (gitar irama).

Selepas 10 tahun menimba pengalaman, Ayai mengorak langkah apabila menyanyi di eksekutif lounge di Jalan Meranti Merah, Tebrau bersama Hasnah Harun dan Allahyarham Harun Jaabar.

Pada 1985, Ayai mula mengenali rapat M. Nasir yang sehingga kini dipanggil Along menerusi kumpulan Anak-Anak Alam yang turut disertai Allahyarham Loloq, Keon, Siso dan Pyan Habib.

Pada masa sama, darah muda penyanyi itu membuak-buak untuk menyertai Bintang RTM namun komitmen tinggi bekerja di kelab membantutkan hasratnya.

Diskografi

Album Ayai

Karier Tahun Judul Album/Single
Bersama Kumpulan Illusi
1988 Dalam Ilusi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1988
  • Format : Kaset
  • Label : Antarctic Sound Production (ASP)
1989 Suara Cinta
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1989
  • Format : Kaset
  • Label : ASP
1993 Menggapai Pelangi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Format : Kaset
  • Label : EMI
Solo
1995 Ayai Illusi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Format : Kaset, CD
  • Label : EMI
2013 Duniaku Dakwahku (feat. Altimet)
  • Single
  • Label : KRU Music
2015 Manusia Sempurna (bersama Awi Rafael)
  • Single
  • Label : Warner Music Malaysia

Anugerah & Pencapaian

Pertandingan Tahun Keputusan Judul Lagu Kategori Komposer Senikata
Anugerah Juara Lagu
1989 Tempat Kedua Segalanya Ku Terima Awang Bob
1993 Tercalon Inang Bujang Dan Dara Irama Malaysia M. Nasir M. Nasir
Gegar Vaganza
2014 (Musim Pertama) Juara