The basics
Quick facts
Gender:
Male
Work field:
Birth:
1991
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Latar belakang Penyertaan dalam One in a Million (OIAM3) Pasca OIAM3 Diskografi Bidang lakonan Rujukan
The details
Biography

Introduction

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham merupakan vokalis kumpulan rock Pelita Lusoh.Bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.

Latar belakang

Anak ketiga dari empat adik-beradik ini dibesarkan di Kangar, Perlis. Mula menyanyi sejak berusia 8 tahun dan meminati irama rock. Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

Sewaktu di tingkatan empat, Aweera bersama rakan sekolahnya menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome dan masih wujud sehingga sekarang.

Beliau mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahirannya.

Penyertaan dalam One in a Million (OIAM3)

Aweera baru berusia 18 tahun dan merupakan antara peserta termuda sewaktu menyertai rancangan tersebut. Beliau berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther selaku naib juara.

Sepanjang pertandingan tersebut, lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh Aweera ialah:

  1. "Aku Dah Bosan" (Amy Search)
  2. "She's Gone" (Steelheart)
  3. "Gemilang" (Jaclyn Victor)
  4. "Janjiku" (Sofaz)
  5. "Tiada Lagi" (Mayang Sari)
  6. "Enter Sandman" (Metallica)
  7. "Di Penjara Janji" (Awie)
  8. "Antara Anyer Dan Jakarta" (Sheila Majid)
  9. "Tak Ada Logika" (Agnes Monica) / "Emansipasi" (Republic of Brickfields)
  10. Medley "Sampai Syurga" (Faizal Tahir) / "My Baby You" (Marc Anthony) / "Hukum Karma" (Wings)
  11. "Ku Di Sini" (lagu baru ciptaan Lin Li Zhen / lirik: Pacha Osman)

Pasca OIAM3

Selepas keluar dari OIAM3, kerjaya seni Aweera agak malap berikutan tiada pihak pengurusan yang dapat membantunya mengembangkan potensi dalam bidang seni suara. Lantaran itu Aweera kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sehinggalah pada tahun 2012 beliau dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).

Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012. Seterusnya album EP kedua muncul pada tahun 2013 dan memuatkan lagu hit Romancinta. Lagu ini juga layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014 tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Aweera tidak dapat menyampaikan lagu tersebut.

Aweera kemudiannya telah meninggalkan kumpulan tersebut dan bergerak solo.

Aweera telah digandingkan dengan kumpulan rock legenda, Lefthanded mengadakan persembahan penutup tirai acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April 2015.

Diskografi

Album/Single solo

  1. Ku Di Sini (2009) - single
  2. Kecoh Betul (2010) - OST filem Kecoh Betul
  3. Aku Dia dan Lagu (2014) - single dari album Tribute to Saloma
  4. Terhakis (2015) - single

Bersama Mojo

  1. Mojo (2012) - EP
  2. Romancinta/Dark Cloud (2013) - EP

Bidang lakonan

Aweera membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan pada tahun 2012 menerusi filem berjudul Leftwings arahan Faisal Chal Ahmad.

Rujukan