

Introduction
Zul Huzaimy Marzuki atau lebih dikenali sebagai Zul Huzaimy (lahir 12 Disember 1978) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, dan pengacara Malaysia.
Kehidupan dan kerjaya
Zul Huzaimy dilahirkan pada 4 Disember 1978 di Grik, Perak. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang teater semenjak tahun 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan. Sebelum menjadi pelakon, beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya di stesen televisyen pendidikan negara, TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha adalah drama bersiri pertama arahannya. Drama itu diadaptasi daripada sebuah novel daripada nama sama itu mempunyai kekuatan dari jalan cerita dan skrip yang baik hasil tulisan Wan Mahani. Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek ditayangkan bermula 7 Mei 2012 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.
Dia dan isterinya Nor Dalilah Muhammad, 29 bercerai pada Mac 2011.
Beliau berkahwin dengan Nur Ernawati Mohamad Nor pada Februari 2015.
Filemografi
Filem
- Mat Moto - (2016) - Artis Jemputan - Watak Sebagai (Spark)
- Langgar - (2013) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Loy)
- Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (2009) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Bachuk)
- Wayang - (2008) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Awi)
- Senario The Movie Episode 1 - (2008) - Artis Jemputan
- Impak Maksima - (2007) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Ray)
- Anak Halal - - (2007) - Pelakon Pembantu
- Cinta Yang Satu - (2007) - Pelakon Utama
- Syaitan - (2007) - Pelakon Pembantu - Watak Pembantu Pak Guard (Adam)
- Remp-It - (2006) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Spark)
- KL Menjerit 1 - (2005) - Pelakon Pembantu - Watak Sebagai (Sam)
- Lang Buana - (2003) - Artis Jemputan
- Gedebe - (2003) - Pelakon Utama - Watak Sebagai (Brutus)
- Embun - (2002) - Pelakon Tambahan
Drama
- Kau Laksana Bulan
- Kerambit
Anugerah
- Festival Filem Malaysia Ke-21 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Rujukan
Pautan luar
- Zul Huzaimy di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Zul Huzaimy di Facebook
- Zul Huzaimy di Twitter
- Zul Huzaimy di Instagram