

Introduction
Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainal Abidin (lahir 20 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.
Beliau pada awalnya telah mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac. Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.
Kehidupan peribadi
Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Syarifah | Aminah Rhapor | Artis jemputan |
| Hantu Kak Limah Balik Rumah | Cik Nin | Mamat Khalid | ||
| 2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Embok | Yusry Abdul Halim | |
| 2013 | Penanggal | Murni | Ellie Suriati | |
| 2017 | Bisik Pada Langit | Siti Hajar | Kabir Bhatia | |
| 2018 | Gol & Gincu Vol. 2 | Yaya | Umi Salwana Omar |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2008 | Ali Din | TV9 | ||
| Klon Teja | Astro Ria | |||
| Awan Dania | Astro Ria | |||
| 2009 | Nur Kasih | Sarah | TV3 | |
| 2014 | Salam Muslim: Quran Untuk OKU | Perantara | Astro Oasis | |
| 2015 | Cik Puan Sinderella | Fifi | Astro Maya HD | Telefilem |
| Alif Imani | Imani | TV9 | ||
| 2016 | Angin Cinta | Erika | Astro First Eksklusif | Telefilem |
| Patahnya Sebelah Sayap | Alisha | TV3 | ||
| 2017 | Nahu Rindu | Nazira | TV3 | |
| Chor & Chah | Chah | YouTube | Web drama | |
| 2018 | Patahnya Sebelah Sayap 2 | Alisha | TV3 | 4 Episod |
| 2019 | Suri Katriana | Katriana | Astro Prima | |
| 2020 | Korban Kasih | Aisha | TV1 | 30 Episod |
Anugerah dan pencapaian
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Wanita Popular | N/A | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Ummi Nazeera di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Ummi Nazeera di Twitter