

Luqman Faiz
Introduction
Luqman Abdul Halim Faiz (lahir 3 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu sulungnya, "Kepuraanmu".
Kerjaya
Single sulungnya, "Kepuraanmu" hasil nukilan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam dikeluarkan pada 27 April 2018 sekaligus memperkenalkan Luqman dalam industri muzik. Ia mendapat perhatian selepas dipilih sebagai lagu tema drama Mawar Murni di TV3. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Takhta Cinta". Luqman pernah ditawarkan menyertai Big Stage musim kedua, namun menolak secara baik kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.
Kehidupan peribadi
Luqman Faiz ialah anak kedua daripada tiga beradik dalam keluarganya. Ibunya ialah seorang guru agama dan bapanya telah lama meninggal dunia. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak namun berhenti belajar dan mengikuti jurusan muzik di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.
Diskografi
Single
- Penampilan solo
| Tahun | Tajuk | Catatan |
|---|---|---|
| 2018 | "Kepuraanmu" | |
| 2019 | "Takhta Cinta" | |
| 2021 | "Boneka Cinta" | |
| 2022 | "Loco Loco" |
Filemografi
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2023 | Bawah Blok | Arjuna | TV3 | Drama pertama |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Sebagai penyanyi undangan episod 3 | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Artis Baharu MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | |
| 2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
Pautan luar
- Luqman Faiz di Instagram