The basics
Quick facts
A.K.A.
Fatimah binti Rahmad
Gender:
Female
Birth:
14 March 1968
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan dan kerjaya Filemografi Anugerah dan penghargaan Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Erma Fatima (dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad; 14 Mac 1968) adalah seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya Umie Aida juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta '87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Perempuan Melayu Terakhir, hasil lakonan Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.

Filemografi

Filem

  • Rozana Cinta '87 (1987) - Pelakon Pembantu
  • Puteri (1987) - Pelakon Pembantu
  • Kolej 56 (1989) - Pelakon Pembantu
  • Pelumba Malam (1989) - Pelakon Pembantu
  • Tuah (1989) - Pelakon Utama
  • Hati Bukan Kristal (1990) - Pelakon Utama
  • Riang Tirana (1990) - Pelakon Utama
  • Bintang Malam (1991) - Pelakon Pembantu
  • Syahadat (1992)- Pelakon Utama
  • XX Ray (1992) - Pelakon Undangan
  • Pemburu Bayang (1993) - Pelakon Pembantu
  • Fantasi (1994) - Pelakon Utama
  • Femina (1994) - Pelakon Utama
  • Putera (1995) - Pelakon Utama
  • Puteri Impian 2 (1998) - Pelakon Undangan
  • Laila Isabella (2003) - Pelakon Pembantu
  • Janji Diana (2003) - Pelakon Pembantu
  • Cinta Luar Biasa (2004) - Pelakon Pembantu
  • Apa Kata Hati? (2008) - Pelakon Undangan
  • Azura (2012) - Pelakon Pembantu
  • Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) - Pelakon Undangan

Drama

  • Salam Taj Mahal (2000)
  • Mak Cun : Musim 3 (2017) - Pelakon Utama

Anugerah dan penghargaan

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.

Filem

Tahun Filem Kategori/Anugerah Hasil
1987 Puteri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1990 Hati Bukan Kristal Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
1992 Syahadat Pelakon Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
Bintang Malam Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1994 Femina Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
Fantasi Pelakon Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
Pemburu Bayang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
2000 Perempuan Melayu Terakhir Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 Menang
2003 Embun Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan

Telefilem

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
1995 Ratu Jamu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Aku Anak Siapa Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
Masih Ada Harapan Aktres Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
2009 Tersasar Di Jalanmu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2011 Airmata Nur Salina Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2015 Sawadeeka Mak Cun

Drama Bersiri

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil Ref
2011 Tahajjud Cinta Pengarah Terbaik Anugerah Profima Menang
2016 Rumi & Jawi

Rujukan

Pautan luar