Edry bin Abdul Halim
Penyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit muzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia

Edry bin Abdul Halim

The basics
Quick facts
Intro
Penyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit muzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia
Gender:
Male
Work field:
Birth:
28 April 1976
Star sign:
Instruments:
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan awal Kerjaya Kehidupan peribadi Diskografi Filemografi Lihat juga Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Edry bin Abdul Halim (lahir 28 April 1976) merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan KRU, penerbit muzik, penggubah lagu dan pemain synthesizer Kumpulan Mojo.

Kehidupan awal

Edry dilahirkan pada 28 April 1976 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Kerjaya

KRU

Edry merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan KRU bersama dua abangnya, Norman dan Yusry sewaktu penubuhannya pada 2012 ketika Edry berusia 16 tahun. Beliau merupakan penyanyi kumpulan ini dan kebanyakan lagu-lagu nyanyian KRU dicipta oleh beliau. Edry juga berbakat dalam mencipta lagu, banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan kegilaan orang ramai. Antara nama-nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau antaranya Stacy, Adam, Ezlynn, Caliph Buskers, Mawi, Rabbani dan ramai lagi.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.

Kehidupan peribadi

Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia dan Emery. Anak bongsu, Elyapula dilahirkan pada bulan Jun 2010. Anak ketiga beliau, Emery menghidap penyakit autisme.

Diskografi

Album studio
  • Hitman (2011)
Lagu ciptaan
  • Intifada (Rabbani)
  • Asmaradana (Tiara Jacquelina)
  • Seksis (Anita Sarawak)
  • Hi Hi Bye Bye (Ezlynn)
  • Dekat Padamu (Yusry Abdul Halim)
  • Tak Tahu (Adam)
  • Joget Lambak (Adam)
  • Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam)
  • Separuh Masa (The Lima)
  • Buronan Cinta (The Lima)
  • Pakai Buang (Stacy)
  • Jahat (Stacy)
  • Menggegar Dunia (Stacy & Adam)
  • Kasanova (Stacy)
  • Kisah Dongeng (Stacy)
  • Berdua Bersatu (Forteen)
  • Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF)
  • Ku Ada Kamu (Adira AF)
  • Linangan Terakhir (Forteen)
  • Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  • Hanya NamaMu (Caliph Buskers)
  • HambaMu (Mawi & Akhil Hayy)
  • Kita (Forteen)
  • Seperti Dulu (Forteen)
  • Dekat Tapi Jauh (Forteen)
  • Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
  • Romancinta (MOJO)
  • Bila Bila (Stacy)

Filemografi

Sebagai pengarah
  • Magika (2010)
  • 29 Februari (2012)

Lihat juga

  • KRU

Rujukan

Pautan luar

  • Edry KRU di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)