Aziz Singah
Actor

Aziz Singah

The basics
Quick facts
Intro
Actor
Gender:
Male
Places:
Birth:
1941(Rembau, Rembau District, Malaysia)
Death:
1 July 2016
Religions:
Biography menu
Menu

Jump to

Introduction Kehidupan dan kerjaya Kehidupan peribadi dan kematian Filemografi Rujukan Pautan luar
The details
Biography

Introduction

Datuk Abdul Aziz Eddy Zaid Singah (3 Oktober 1941–1 Julai 2016) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem. Dengan kerjayanya yang bertahan selama lima dekad, beliau telah membintangi lebih 500 drama dan 13 filem sepanjang hayatnya.

Kehidupan dan kerjaya

Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Aziz meniti kehidupan ketika kanak-kanak tanpa belaian seorang bapa. Dalam temuramah pada Ogos 1998, beliau menceritakan yang bapanya seorang askar sama unit dengan Leftenan Adnan terkorban pada usia 24 tahun dibunuh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Usia Aziz ketika itu dua bulan. Aziz memulakan kerjaya awal sebagai Penyelia Kolej Makmal Dockyard, Sembawang, Singapura (1960-1964), Juruhebah Radio Televisyen Singapura (1964-1971), Juruhebah, Penerbit Drama Radio, Penyelia dan Ketua Unit Kasting RTM (1971-1992).

Bakat lakonan Aziz mula diuji pengarah M. Amin dalam filem Jahanam pada 1971. Selama menjawat Ketua Unit Kasting RTM, Aziz melahirkan ramai dramatis baru dan salah seorangnya Fauziah Nawi melalui drama Tahan Kinabalu. Lebih 500 drama dibintangi bermula dengan Malam Tiada Bintang pada 1965, lakonan Aziz cukup sinonim sebagai "datuk" atau "tokoh korporat". Watak Rosman yang dipegang dalam drama PJ mengaitkannya dengan JR Ewing (lakonan Larry Hagman) dalam Dallas.

Aziz dipilih menjadi Presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 3 Julai 1999 untuk sesi 1999/2001, cabarannya cukup getir apabila beberapa AJK lama persatuan itu menghantar surat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meminta Mesyuarat Agung Seniman itu dibatalkan. Di bawah kepimpinan beliau juga Seniman dengan kerjasama ACS Production melancarkan projek Hari Seniman pada 22 Mac 2000. Selaku Presiden, Aziz mahukan seniman tanah air diiktiraf. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Setia Negri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran "Datuk" kepada beliau pada 18 Julai 2005.

Kehidupan peribadi dan kematian

Aziz telah berkahwin sebanyak dua kali, beliau berkahwin dengan pelakon Khatijah Abu Hassan pada 1967 dan bercerai pada 1990, pasangan ini dikurniakan tiga anak. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Datin Zunita Mohamed pada 1991 dan dikurniakan tiga lagi anak. Beliau meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 1 Julai 2016 pada usia 75 tahun. Beliau meninggalkan balu, Datin Zunita dan enam anak yang semuanya lelaki. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kariah Kampung Bongek dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek Acheh, Rembau.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1971 Jahanam Pak Unggar Filem pertama
1990 Suci Dalam Debu
1993 Ops Belantara
1995 Amelia
1996 Maria Mariana
Impian Tan Sri Azman
1997 Sate
2005 Sembilu 2005
Kemarau Cinta
2009 Pulau Asmara Osman
2012 8 Jam Hakim Kemunculan khas
2013 Paku Tuan Kamil Kemunculan khas
2017 Balun Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1978 Belum Ajal RTM
PJ Holdings
2002-2003 Sembilu Osman TV2
2006 Sembilu Kasih Dato' Osman TV3
2009 - 2011 Si Capik Datuk Hazim TV2
2013 Metro Skuad (Musim 2) TV2 Episod: Cinta Awang Hitam
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Astro Oasis Episod: Suami Dayus

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Cinta Si Penggali Kubur TV3

Rujukan

Pautan luar